| Seseorang pengguna yang bijak akan lebih prihatin terhadap sesuatu perkhidmatan yang akan diberikan. Sesuatu perkhidmatan yang baik akan dapat memuaskan hati seseorang pengguna tersebut melalui kualiti perkhidmatan yang diberikan. Contohnya, tidak guna untuk mendapatkan perkhidmatan yang murah, tetapi tidak memuaskan hati serta adakalanya anda terpaksa mengeluarkan kos tambahan lain yang tidak dinyatakan secara jelas sebelum ini !
Jangan mudah terpedaya dengan tawaran harga yang terlalu murah untuk produk Herbalife. Syarikat HANYA membenarkan tawaran promosi dari 25% ke 42% untuk sebarang pembelian produk Herbalife dan ianya bergantung kepada jumlah pembelian/program pengurusan berat badan ShapeWorks yang diperlukan oleh pelanggan.
Antara Risiko yang akan anda hadapi apabila berurusan dengan pengedar yang menawarkan harga yang menyalahi undang-undang Herbalife adalah seperti berikut:
1. Pengedar hanya menjual produk dengan harga yang murah serta tidak memberikan panduan untuk menggunakan produk dengan cara yang sepatutnya.
2. Keputusan program pengurusan berat badan anda tidak dapat mencapai tahap yang sepatutnya dan menyebabkan anda kecewa dengan produk.
3. Tiada siapa yang akan melatih anda untuk mengikuti program pengurusan berat badan yang sepatutnya dan anda tidak dapat menggunakan produk secara maksimum.
4. Keahlian pengedar yang menawarkan harga yang tidak dibenarkan oleh Herbalife akan ditamatkan serta-merta dan anda terpaksa mencari pengedar yang lain serta mungkin terpaksa memulakan semula program pengurusan berat badan yang baru.
5. Sila hubungi Talian Bantuan/Aduan Herbalife Malaysia di 03-2687 6333 sekiranya anda memperolehi tawaran diskaun yang terlalu murah serta tidak dibenarkan oleh Herbalife. Terima Kasih !
Jadilah Pengguna Yang Bijak ! |